Assalamualaikum semua! Di sini Nawal nak kongsi dengan semua langkah-langkah untuk menjahit sepasang telekung kanak-kanak. Oh my god! Nawal harap tutorial ni dapat difahami oleh semua ye. Apapun Nawal nak beritahu yang ukuran di bawah ni memang comel je untuk si kecil. Kalau nak buat untuk diri sendiri pun boleh tapi ukuran mesti kasi besar naa takut tak muat pulak nanti. Nak dijadikan cerita, Nawal guna cadar katil je nak buat telekung ni :) Jangan bimbang, if I can do it, you can do it too! :) Ayuh!
Peralatan yang digunakan:
- Mesin Jahit
- Seterika
- Pita pengukur
- Benang (mengikut warna kain)
- Jarum peniti
- Kertas
- Alat penanda seperti pensil atau kapur
- Getah 1"
- Getah 1/2"
- Safety Pin saiz besar dan kecil.
Pertama, kita ambil dulu ukuran yang penting:
Labuh baju telekung (dari dagu ke lutut) - 41"
Lilit muka (lilitkan muka dengan pita dari dagu ke atas kepala) - 19"
Belakang kepala (ukur dari telinga kiri -belakang kepala -ke telinga kanan) -12 1/2"
Labuh Kain (dari pinggang ke lantai) - 35"
Pinggang - 22"
Penggunaan kain:
Bidang: 60"
Panjang : 2 1/2 meter
Jenis Fabrik : Polyester
**Kalau pakai kain bidang 45", anda memerlukan 4 meter.
** Bagi projek ini, Nawal tak menggunakan mesin jahit tepi untuk kemasan. Anda boleh membuat kemasan jika mahu.
Bahagian 1: Baju Telekung
1: Lebarkan kain, bahagian corak menghadap atas. 2: Lipat dua. 3: Pada bahagian lipatan, hujung kiri kain, ukur 3" dan tandakan. 4: Dari ukuran 3", ukur labuh baju telekung mengikut ukuran yang dikehendaki, di sini Nawal tandakan 41".
5: Ukuran labuh telekung 41". 6: Dari ukuran 41", lukis lengkung hingga ke hujung kiri atas kain dan potong.
7: Berbalik kepada bahagian ukuran 3" tadi, dari bucu kain tersebut, tandakan ukuran lilit muka(19") ÷ 2 = 8" di situ. 8: Dari ukuran 3", buat satu garisan lurus pada tanda 8" tadi. 9: Potong bahagian tersebut.
10: Ok. Inilah bahagian yang dapat setakat ni. Yang baru potong tadi tu adalah bahagian muka. Kita juga ada bahagian yang melengkung. Jahit lurus bahagian yang ditandakan, iaitu dari tanda lilit muka hingga hujung kain. Basi jahitan 1/2". ** Basi adalah kelebaran jahitan di atas kain.
11: Gosok bahagian kelim yang dijahit tadi. Ini akan membuatkan jahitan kita tampak kemas. 12: Pada bahagian muka, snipkan bahagian yang bertanda *. * yang kiri adalah tanda atas kepala dan * yang kanan adalah 1/2 dari lebar bukaan muka tersebut = 4".
13: Untuk lukis pola bahagian dagu ambil kertas dan lukis segitiga 5" panjang dan tinggi 2". Anak panah pada pola menandakan bagaimana pola itu harus ditempatkan pada kain. 14: Untuk pola pelapik kepala, lukis semi oval yang berdiameter 10 1/2" dan tinggi 3" ** tanda tiga titik putih bermaksud dia atas lipatan (lipat kain dan letak pola atas kain yang mana bahagian tiga titik itu di atas bahagian berlipat), penitikan kan pola di atas kain dan potong. 15: Beginilah hasilnya. 16: Bahagian penuh kain pelapik kepala dan pelapik dagu.
17: Ambil pelapik dagu segitiga yang dilipat dua tadi dan sambungkannya pada bawah bahagian muka di baju telekung. Mulakan dari bahagian tengah dan pinkan di kanan dan kiri. 18: Samakan bahagian sisi pelapik dengan muka. Penitikan dan jahit 1/4" basi. 19: Bahagian pelapik dagu yang telah dicantumkan dengan muka telekung. 20: Di kiri dan kanan muka telekung, bahagian yang telah disnipkan sebagai penanda untuk menempatkan tali getah nanti.
21: Berbalik kepada pelapik kepala. Lipat pelapik tersebut kepada dua. Bahagian cantik bertemu cantik (right sides together). Tandakan 7" untuk tempatkan getah di situ. 22: Getah lebar 1/2" dan berukuran 4 1/2" akan ditempatkan di bahagian yang bertanda tadi. 23: Tandakan 1/4" pada getah di kiri dan kanan. Tanda yang ada pada getah dan tanda pada pelapik akan ditemukan nanti. 24: Lipat pelapik kepala dan sematkan pin pada tempat yang ditanda dari dalam tadi. Penitikan kiri dan kanan. **tiada getah yang disematkan pada langkah ini
25: Dengan kemuatan getah yang 1/4" itu, jahit di bahagian yang ditandakan. AWAS!! jangan jahit di kiri dan kanan, nanti getah tak boleh masuk pula. 26: Ambil getah yang dah diukur. Pin kan bahagian hujung dengan safety pin bersaiz kecil. 27: Masukkan getah ke dalam jahitan pelapik tadi. 28: Ingat! samakan tanda getah dengan tanda dalam pelapik dan penitikan. Jahit menegak bahagian tersebut. Kalau nak agak-agak pun boleh, janji getah tadi terletak dengan betul.
29: Bahagian pelapik kepala yang bergetah sudah siap. Snip bahagian tengah pelapik kepala seperti yang ditanda sebagai penanda. 30: Samakan bahagian snip pelapik dengan yang di bahagian kepala telekung yang telah di snip terlebih dahulu tadi. **tujuan di snip atau di tanda adalah untuk menyamakan bahagian kepala dan pelapik agar sekata dan tidak herot berot. 31: Bahagian pelapik disamakan dengan bahagian luar kepala telekung (bukan bahagian dalam telekung). 32: Pin kan dengan peniti. Mulakan dari tengah dan pinkan selebihnya. Jangan jahit lagi.
33: Untuk membuat tali ikat kepala atau getah ikat kepala, potong kain (strip) mengikut ukuran (belakang kepala (12 1/2") x 2 + 1" = 26" dengan kelebaran 1 1/2". 34: Jahit setepi strip tersebut dengan memberi ruang untuk memasukkan getah nanti. 35: Terbalikkan dan gosok strip itu. 36: Sekali lagi ambil getah lebar 1/2" dengan ukuran belakang kepala 12 1/2", sematkan safety pin kecil di bahagian hujung getah. 37: Masukkan getah ke dalam strip yang dah digosok tadi. 38: Tali getah telekung akan kelihatan deperti ini.
39: Letakkan hujung tali telekung di bahagian tepi kepala yang dah di snip tadi. Sematkan pin di kiri dan juga di kanan muka telekung. (Tali mestilah dijahit kiri dan kanan bukan sebelah je ye!) 40: Bahagian kiri dan kanan tali sebenarnya akan ditutup oleh bahagian pelapik kepala. Bertindih antara satu sama lain. 41: Sematkan peniti seperti biasa sebelum dijahit.
42: Jahit 1/4" keseluruhannya atau jahit setapak dari tapak mesin jahit (sebagai panduan ukuran). 43: Bahagian kepala yang siap dijahit akan kelihatan seperti ini. 44: Bahagian tepi muka telekung. SIAP!
Bahagian 2 : Kain Telekung
45: Untuk bahagian kain, Nawal ambil ukuran labuh 35" + 2 1/4" untuk pinggang. Lipat kain kepada dua dan jahit 1/2" lurus pada tepi kain. Buka kelim dan gosok supaya tampak kemas. ** bila jahit jangan lupa bahagian corak kain di dalam ya! **Bahagian bawah kain telah tersedia jahit almaklumlah..kain cadar yang siap la katakan. Tapi bagi yang menggunakan kain biasa jangan lupa tambah 1" lagi pada ukuran labuh kain ya.
46: Pada bahagian pinggang kain, tandakan 2 1/4" sekeliling. 47: Lipat dan gosok 1/4" bahagian atas pinggang kain. 48: Lipat pinggang ke bahagian yang ditandakan. 49: Setelah itu, penitikan sekeliling kain.
50: Tinggalkan 2" ruang yang tidak dipenitikan. Di sini akan menjadi pintu untuk memasukkan getah. 51: Jahit setepi keliling pinggang kain yang dipenitikan tadi. 52: Ambil getah lebar 1" yang berukuran pinggang (22"). Pin kan bahagian hujung getah dengan safety pin yang besar. 53: Masukkan getah ke dalam bahagian pinggang yang dah dijahit tadi.
54: Getah yang telah selesai dimasukkan ke pinggang. 55: Tindih 1" kedua-dua hujung getah antara satu sama lain dan jahit zig zag atau tindih banyak kali agar getah itu tidak tercabut. 56: Masukkan getah ke dalam sarung pinggang dan jahit tutup bahagian pintu getah tadi. 57: Bahagian pinggang kain yang telah siap.
Hiasan : Ropol
Bagi mencantikkan bahagian bawah baju telekung, Nawal jahit ropol-ropol gitu. Yang ini terpulang kepada anda samada nak ropol atau lace atau apa sahaja yang mengikut citarasa masing-masing.
58: Ukur 2" sebagai kelebaran. 59: Potong beberapa helai strip yang anda mahu (bergantung dengan kelebaran ropol anda) 60: Lipat dua dan gosok strip tersebut. 61: Jahit hujung kiri dan kanan strip menjadi seperti no 62.
62: Strip yang siap dijahit dan digosok. **INGAT! hanya jahit kiri dan kanan. Jimat masa. 63: Tempatkan strip di bahagian bawah baju telekung di atas bahagian yang bercorak **bukan dari dalam. Mula di bahagian tengah telekung dan lipat-lipat ropol tersebut. 64: Penitikan ropol-ropol itu dan jahit setapak atau 1/4" basi. 65: Bila dah siap, terbalikkan ropol-ropol dan tindih sekali lagi (jahit setepi) pada yang ditandakan untuk kemasan.
OK! Dah siap apa lagi? Try dulu!
Tadaaaaaaaa!!!! Inilah hasilnya! Amacam??? Mudah tak? Sebenarnya, untuk kain yang bercorak-corak ni , kena pandai-pandai tengok macam mana nak potong kain. Yang ni yang paling mudah tanpa pola yang Nawal boleh fikirkan buat ketika ini. So lipat-lipat je la nampaknya. Nawal harap tutorial ini dapat membantu anda yang ingin menjahit sendiri telekung untuk anak-anak dan diri sendiri :) Insyaallah. Practice makes perfect!
Kepada yang menggunakan tutorial ini jangan lupa link kan ke blog ini dan tunjuk Nawal hasilnya ok!! Jangan lupa hashtag #skolahjahitnawal #sjntelekung di Instagram, Facebook dan Twitter ok!
Sekiranya ada sebarang soalan, cadangan atau yang mana nak kongsi tutorial, boleh taipkan di bawah atau emailkan ke skolahjahitnawal@gmail.com ya!
Apa tunggu lagi??? Jom jahit!
**Nawal**
Terima kasih di atas perkongsian ni. Akhirnya saya dapat juga siapkan telekung utk anak saya
BalasPadamAhamdulillah!
PadamAhamdulillah!
PadamTerima kasih untuk ilmu. In shaa Allah akan cuba jahit untuk anak kecik sy.
BalasPadamSama sama. Insyaallah!
PadamSama sama. Insyaallah!
Padamthanx for this tutorial sis.. ank sis cantik sgt.. ๐
BalasPadamYou are welcome! Thank you! Hehe
PadamSalam sis..utk ukuran ni sesuai utk umur berapa ya?
BalasPadamYang ini sesuai untuk 5-6 tahun.Selamat mencuba!
PadamTQ sis..teringin nak cuba..getah kt muka tu beli kt mn ya?online ade x?
PadamSalam sis. Sudah berhasil jahitannya?? Maaf agak lambat utk membalas mesejnya. Jualan secara online mmg byk. Saya beli di kedai jahit di Sea Park, Petaling Jaya.
Padamsalam, sy dah cuba jahit utk anak sy yg 4 tahun, alhamdulillah....menjadi...TQ ya....sy minta izin share link blog utk kawan2 sy jga ya, sbb xpandai nak wat tutorial
BalasPadamAlhamdulillah!! Yes sudah tentu boleh. Silakan ya.
PadamAssalamualaikum. Kain yang digunakan jenis apa? Ada beza tak ukuran untuk lycra, jersey, koshibo dan cotton?
BalasPadamWaalaikumussalam. Kain yang digunakan adalah polyester. Kalau kain lain, cuba cuci dahulu untuk lihat tahap dia mengecut. Sekiranya ada kecutan, tambah basi sebanyak 1" sbg langkah berhati2. -Nawal.
BalasPadamAnak siapa la comel sgt ni
BalasPadamTerima kasih....atas ilmu yg sgt bermanfaat ni,halalkan ilmu yg dberikn๐
BalasPadamCasino Games - Asian Gambling - Fortune International
BalasPadamCasino games. Find the best ์์ฆ casino games in your city. We have thousands womens titanium wedding bands of casino games and dental implants live casino games! You can check titanium properties our titanium daith jewelry reviews for new
Terima kasih atas perkongsian. Dapat saya cuba jahitkan telekung untuk anak saya ikut ukuran badan dia.
BalasPadam